Menurut cerita-cerita lisan, tukang-tukang pandai saras mula belajar menempa keris dengan menempa bilah-bilah berluk banyak, 13, 11, 9 dan 7. Apabila sudah senior dan mahir, mereka akan mula menempa bilah-bilah berluk 5 dan 3 dan diakhiri dengan bilah berluk 1 dan lurus.
Oleh kerana penghasilan luk 5 dan 3 adalah diperingkat peralihan kepada menjadi tukang ulung pandai saras, dikatakan luk 5 dan luk 3 tidak banyak dihasilkan dan untuk mendapatkannya pada masa sekarang juga agak sukar.
Koleksi saya Saras berluk 5 ini dihasilkan dengan luk tohor/cetek menjalar dan agak lurus dihujung bilah. Teknik sepuhan tukang pandai saras jelas kelihatan pada 2/3 bilah dengan perbezaan dua ton warna. Teknik sepuhan ini juga menjadi rahsia tukang-tukang pandai saras terdahulu. Bilahnya masih dalam keaadaan sempurna dan jelas kelihatan kesenian pada belalai gajahnya.
Keris yang dibawa masuk dari Patani ini semestinya akan menjadi salah satu koleksi kesayangan saya.
Bagi sahabat-sahabat yang berkeinginan untuk memiliki keris-keris Pandai Saras, boleh berhubung terus dengan saya. InsyaAllah, berpandukan kepada citarasa dan kemampuan sahabat-sahabat, sebilah Pandai Saras dari Patani boleh dimiliki sebagai koleksi. Dengan secara tidak langsung, kita dapat menyelamatkan warisan Patani dari hilang dan jatuh ke tangan orang lain.
No comments:
Post a Comment