Sunday, July 31, 2011

Sepetang Bersama Sahabat-Sahabat Perkerisan

Semalam Ahad 31st July disambut dengan kunjungan beberapa orang sahabat dalam dunia perkerisan. Saudara Effendi dari Kajang, Mad USIM dari Nilai, Raymond dari Taiping dan Andi M.Irvan dari Klang. Pelbagai topik diperbincangkan dengan perincian dilebihkan kepada hasil karya Bugis. Dikongsikan juga cara-cara mencuci keris dengan kaedah untuk menaikkan pamor. Sepetang dihabiskan bersama dengan sedikit hidangan ringan. Terima kasih sahabat-sahabat atas kunjungan :)

Saturday, July 30, 2011

Sunday, July 24, 2011

Sekilas Pandangan Pertandingan, Pameran dan Jualan Keris Di Kelantan

Acara yang bertarikh 16hb dan 17hb Julai dibayangkan akan dapat menarik kehadiran ramai orang khususnya rakyat Kelantan kerana diadakan bersempena dengan Pesta Cheng Ho anjuran Kerajaan Negeri dan ditempatkan bersama-sama dengan tapak pesta. Rakan saya yang datang dari Indonesia untuk berniaga di pameran amat berkobar-kobar semangatnya dan jelas terbayang kemeriahan hasil jualan dan juga kehadiran orang ramai.
Setiba di Kota Bharu, ekspresi permulaan sudah menunjukkan sedikit kecewa kerana tiada satu pun 'banner' yang dijumpai tentang pameran keris apatah lagi penunjuk jalan. Maka terpaksa berpusing-pusing untuk mencari tempatnya dan apabila ditanyakan kepada beberapa orang Kota Bharu, ternyata mereka tidak tahu menahu. Setibanya di tempat pameran, tiada juga sebarang banner untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang ke Pesta Cheng Ho. Kehadiran hanya dimeriahkan oleh pencinta-pencinta keris yang sememangnya sudah familiar. Bak kata orang, 'muka-muka yang sama' yang datang untuk menyertai pertandingan dan berjumpa sahabat-sahabat.


Gerai-gerai jualan sudah tentulah agak lesu pada hari pertama pameran. Rata-rata peniaga yang hadir sepertinya tidak berbaloi dengan tenaga dan wang ringgit yang dikeluarkan disebabkan amat sedikit barang-barang yang dapat dijual. Sambutan tidak seperti yang diharapkan. Amat sedikit pengunjung-pengunjung luar yang hadir. Hari kedua, no komen. Kata sahabat saya, hanya jin dan khadam-khadam keris sahaja yang ada di dewan :)
Dilihat dari perspektif pelestarian keris, ternyata objektifnya tidak tercapai. Seharusnya setiap aktiviti dari mana-mana persatuan keris hendaklah difokuskan untuk menarik lebih ramai minat di kalangan orang-orang muda, belia dan juga penuntut sekolah atau universiti. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengadakan sedikit promosi di radio misalnya, banner, atau mungkin melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri atau dengan sebarang badan-badan yang berkaitan.
Saya menulis bukan untuk memperlekeh jauh sekali untuk 'condemn' acara tersebut tetapi hanya sebagai satu lontaran pandangan dari peminat muda agar pisang tidak berbuah dua kali. Jadikanlah satu-satu acara itu sesuatu yang akan sentiasa dikenang kerana manisnya :)
Mohon maaf jikalau terkasar bahasa.

Thursday, July 21, 2011

Collection : Penyalang Besi Miang

Keris ini antara yang disayangi. Miangnya yang berkelip2 membuatkan mata tidak puas memandangnya. Sarungnya ni dah ditukarkan kerana sarung asalnya dari tanduk rusa tengah dalam proses restoration. Layannzz..




Wednesday, July 20, 2011

Collection : Keris Berhulu dan Bersampir Geraham Gajah

Alhamdulillah, setelah lesu dengan gerai jualan di Pameran Keris Kelantan, saya diceriakan oleh seorang sahabat yang menghadiahkan kepada saya keris ini. Segala penat lelah dan sedikit perasaan kecewa di Kelantan, serba sedikit terlah terubat. Layann..





Monday, July 18, 2011

Collection : Keris Gading

Keris Palembang ini pakaiannya amat menarik. Pakaiannya bermula dari hulu, sampir dan buntut, diperbuat dari bahan gading. Batang serunainya pula bersalutkan perak disepuh emas muda. Satu koleksi yang agak mewah :)




Thursday, July 14, 2011

Buku Keris Jawa Antara Mistik Dan Nalar 'brand new' untuk dijual

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya ada 2 naskah buku Keris Jawa Antara Mistik Dan Nalar 'brand new' untuk dijual.
Buku ini agak susah untuk didapatkan di pasaran sekarang ini dan di E-Bay dijual antara RM1000-RM1200 senaskah termasuk pos.
Harga yang saya offer cuma RM800 tidak termasuk pos yang biasanya antara RM30-RM40 ringgit.
Berminat sila call/sms 0162020428.
Terima Kasih.


Saturday, July 9, 2011

Monday, July 4, 2011

Hulu Sumatera Gading Antik DiMaharkan

Tinggi Hulu 9cm @ 3.5 inci
Harga Pakej Bersama Pendokok
Berminat Sila Call/SMS 0162020428





Friday, July 1, 2011

Collection: Kesenian Tombak Ukiran Madura

Pemberian dari seorang sahabat. Terlalu terpikat dengan ukirannya yang halus dan berseni. 2 bilah tombak antik dari Madura. 1 jantan dan 1 betina.