Sunday, July 21, 2013

DiMaharkan Keris Bugis Luk 5 Berlurah - SOLD

Panjang Bilah 11 Inci.
Pamor Beras Tumpah.
Sampir dan Batang Serunai dari Kemuning Emas.
Hulu Patah 3 Gading Berukir.
Berminat Sila Hubungi Zulldg di 0162020428

* Bugis yang berlurah adalah agak susah untuk dicari :)*















Collection: Keris Antik Naga Selit Pattani Luk 5

Merupakan koleksi saya yang terbaru. Cinta pandang pertama bila melihat keris ini. Tak tahu la di mana cantiknya tapi hati seakan kuat terpaut padanya.
Sebenarnya pun, keris-keris melayu yang bermotifkan naga aamt susah untuk didapatkan, berlainan dengan keris jawa, berlambak-lambak dijual.
Keris ni sepanjang 9 inci bilahnya. Mata dan bebola di dalam mulut naga adalah buntut lipan yang dipercayai boleh tembus pandang.
Pada pangkal bilah di sekitar kepala naga, dipahat ayat yang berbunyi 'La Hau La Wala...' sehingga habis. Sarungnya dibuat mengikut sampir keris-keris debek Pattani manakala hulunya bermotifkan Palembang 'Balu Mengkabun' diperbuat dari gading yang diukir halus.
Enjoy the view :)








Sunday, July 14, 2013

Dijual Hulu Patah 3 Gading Ukiran Penuh (SOLD)

Hulu Hasil Tangan Pak Mat Pandamaran.
Ukiran Seberang Laut.
Sesuai Utk Bilah 10-11 Inci.
Harga RM1300.
Berminat Sila Hubungi Zulldg di 0162020428.






Saturday, July 13, 2013

Collection: Keris Antik Chenuk Pattani Luk 9

Keris ini berasal dari daerah Chenuk iaitu salah satu daerah/negeri dalam Kerajaan Pattani satu ketika dulu.
Keris-keris Chenuk yang asli sudah agak payah untuk didapatkan sekarang ini.
Pamor keris-keris Chenuk amat mirip kepada keris-keris Bugis cuma pamor pada keris Chenuk menyatu di dalam besi keris. Sesetengah orang menyebut 'pamor di dalam besi'.
Ianya dapat kita rasa apabila kita menggosok tangan pada besi keris dan kita langsung tidak akan merasa besi pamornya.
Kebanyakan keris-keris Chenuk mempunyai luk yang tohor dan juga belalai gajah yang agak kecil.
Saya melihat keris-keris Chenuk banyak mengambil gaya keris-keris era Segaluh di Jawa dan berevolusi dengan menerapkan ciri-ciri Melayu Pattani.
Silakan nikmati koleksi terbaru saya ini :)















DiMaharkan Keris Bugis Pattani Karya Adiguru Pak Lah Pasir Mas RM850

Panjang Bilah 13 Inci.
Sampir dan Hulu Kemuning.
Batang Serunai Sena.
Berminat Sila Hubungi Zulldg di 0162020428