Saturday, July 13, 2013

Collection: Keris Antik Chenuk Pattani Luk 9

Keris ini berasal dari daerah Chenuk iaitu salah satu daerah/negeri dalam Kerajaan Pattani satu ketika dulu.
Keris-keris Chenuk yang asli sudah agak payah untuk didapatkan sekarang ini.
Pamor keris-keris Chenuk amat mirip kepada keris-keris Bugis cuma pamor pada keris Chenuk menyatu di dalam besi keris. Sesetengah orang menyebut 'pamor di dalam besi'.
Ianya dapat kita rasa apabila kita menggosok tangan pada besi keris dan kita langsung tidak akan merasa besi pamornya.
Kebanyakan keris-keris Chenuk mempunyai luk yang tohor dan juga belalai gajah yang agak kecil.
Saya melihat keris-keris Chenuk banyak mengambil gaya keris-keris era Segaluh di Jawa dan berevolusi dengan menerapkan ciri-ciri Melayu Pattani.
Silakan nikmati koleksi terbaru saya ini :)















No comments:

Post a Comment