Monday, December 2, 2013

Collection: Keris Antik Alang Bangkinang

Keris-keris kategori Alang kebiasaannya terbahagi kepada 3 kategori:

1. Anak Alang
2. Alang
3. Penyalang

Keris Alang dikategori berdasarkan ukuran panjang bilah keris tersebut mengikut kelaziman iaitu Anak Alang diambil dengan ukuran sejengkal atau setapak kaki, keris Alang sepanjang satu hasta dan yang lebih panjang dikategorikan sebagai Penyalang.
Keris Alang ini biasanya dikaitkan dengan keris anugerah daripada Raja/Sultan yang menandakan kekuasaan ataupun pangkat.
Keris yang saya baru perolehi ini dikategorikan sebagai Alang kerana ukurannya tepat satu hasta. Sebilah keris yang cantik dan baik. Keadaannya yang hampir sempurna walaupun sudah berusia menjadikannya sebilah keris yang tinggi nilainya :)









No comments:

Post a Comment