Wednesday, May 22, 2013

Collection: Sundang Bilah Antik Pusaka Rembau

Sundang ini saya dapat di Melaka. Asalnya dari keluarga Undang Rembau. Conditionnya semasa diambil dari pemilik sebelumnya adalah sangat teruk, sarungnya sudah pecah, begitu juga dengan hulunya.
Istimewanya sundang ini ialah pada bahagian putingnya. Putingnya dibuat secara kapit@puting kapit dan dipasak dengan emas. Kata orang2 lama, tujuan senjata2 melayu diletakkan emas pada bilah ialah bertujuan untuk menikam musuh2 yang mempunyai ilmu kebal. Di katakan juga ianya untuk menjinakkan besi2 yang dianggap ganas isiannya.Wallahualam.
Nikmatilah keadaan sundang ini selepas dibersihkan dan dibuat pakaian baru dari perak dan delima :)





No comments:

Post a Comment