Monday, June 13, 2011

Keris Chenuk Ganja Iras DiMaharkan RM2000

Keris antik ini adalah salah satu koleksi saya. Apa yang menarik minat saya ialah kerana ia dikatakan keris berasal dari chenuk dan ianya berganja iras. Bagi saya ciri-ciri tersebut menjadikan ianya 'rare item' dan elok dijadikan koleksi. Berluk 5, berpamor dan berpakaian Patani . Binaan bangunannya amat menyerupai keris-keris tangguh segaluh dari generasi keris terawal tanah seberang. Kesamaan identiti tersebut masih lagi menjadi bahan kajian saya dengan merujuk kepada otai-otai dunia perkerisan atau pun berkemungkinan juga, ianya memang berasal dari seberang dan dibawa ke Chenuk pada satu ketika dulu. Apa-apa pun, saya amat suka untuk menyimpan keris ini. Wallahualam :)




No comments:

Post a Comment