Monday, June 20, 2011

Keris Sebagai Objek Budaya

Tidak dinafikan, keris bukan sahaja dikenali sebagai senjata tetapi falsafahnya menunjukkan etika budaya setempat. Di antara jenis-jenis keris dan kedaerahannya terdapat perbezaan yang nyata yang merujuk juga kepada perbezaan budaya serta ciri sesuatu bangsa dan daerah. Oleh yang demikian, kita dapat membezakan keris-keris buatan melayu semenanjung dan patani, buatan jawa dan juga keris buatan bugis. Sebagaimana lemah-lembutnya orang melayu, begitulah juga kerisnya, sebagaimana utuhnya orang jawa, begitulah juga keris dan sebagaimana kasarnya orang-orang bugis, begitulah juga kerisnya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment