Monday, March 28, 2011

Keris Antik : Tajung Kemuning Antik

Tajung Kemuning Antik Bertatahkan Perak Berukir.
Bilah Pandai Saras Lurus Antik Pamor Berlian.
Bilahnya Juga Dipanggil Pandai Saras Angkut Bisu. Sangat Lebar Dan Bersemangat.





Sunday, March 27, 2011

Keris dan Pengertiannya Di Dalam Masyarakat Melayu


Keris pada suatu ketika dulu disanjung sebagai senjata keramat. Keramat kerana dikatakan senjata anugerah dari langit. Ketika itu keris-keris ditempa menggunakan besi tahi bintang atau pun meteor dan ditempa mengikut kepercayaan tentang hari-hari bertuah bagi masyarakat melayu, sehinggalah kedatangan Islam, ianya ditempa bermula dengan 1 Muharram.
Keramatnya lagi kerana kebiasaan Pandai-Pandai Besi adalah terdiri daripada orang-orang alim yang tinggi ilmu kebatinannya. Diselangi dengan zikir dan doa ketika menempa, menjadikan keris-keris umpama dilimpahi keberkatan dan dihuni oleh khadam-khadam yang ingin menunpang amalan kebaikan si penempa.
Pemakaian keris pula sering dikaitkan dengan golongan Raja, Bangsawan, Pembesar serta Pendekar. Ianya begitu dihormati dan bersifat peribadi sehinggakan keris tidak boleh dilangkah mahupun dipegang oleh orang lain. Jenis besi dan pamor pada keris, melambangkan kepelbagaian cara menggunakannya seperti keris berpamor emas dikatakan dapat membunuh musuh dengan hanya menikam kesan tapak kaki pada tanah. Keris berganja pendua dikaitkan dengan kekebalan dan sebagainya.
Masyarakat Melayu kontemporari, sudah agak melupakan kisah keramatnya keris. Sudah agak lupa senjata dari langit yang pernah berjihad untuk kedaulatan bangsa dan agama. Sudah tidak menyerapi semangat bila memegang sebilah keris. Adakah benar kerana Melayu mudah lupa ataupun senjata warisan ini sudah hilang keramatnya.

Tuesday, March 22, 2011

Keris Antik : Keris-Keris Antik 'Coming Soon'

Dalam keghairahan mencari bilah-bilah Pandai Saras di Patani, berhasil juga mendapatkan beberapa bilah keris yang sangat baik conditionnya. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hujung minggu ini saya akan pulang ke kampung untuk mendapatkan bilah-bilah antik tersebut yang di antaranya Pandai Saras Luk 9 ketandaan 'tapak gajah' dan berpamor pancuran emas, Pandai Saras Lang Melayang, Pandai Saras Hitam lurus besi sebatang, Charita Lurus Patani dan juga Bugis Patani Pamor Sedaging Rerambut Emas.
Untuk sahabat-sahabat, dipreviewkan bilah Pandai Saras Luk 9 'ketandaan tapak gajah' yang diambil dengan menggunakan HP murah :) Untuk gambar yang lebih jelas, tunggu kemunculannya di blog saya minggu hadapan.



Sunday, March 20, 2011

Keris Antik : Gobek Api Antik

Gobek Api Antik ini adalah hadiah dari sahabat saya di Kelantan. Gobek Api Antik ini diperbuat dari bahan tanduk. Sejarahnya, Gobek Api Antik ini diambil dari sebuah Istana di Patani dan menjadi kegunaan harian istana tersebut. Wallahualam.


Wednesday, March 16, 2011

Lupakan Keris Buat Seketika

Selain daripada menjadi kolektor senjata antik, saya amat gila dengan kucing. Ini adalah sebahagian dari kucing-kucing saya. Ada 6 ekor dalam sangkar ni. Ada lagi 5 ekor dalam sangkar yang lain. Dari kiri adalah Dora, Blackie, Johan, Crunch, Bantut dan Jimmy. Saya sangat sayang diorang2 ni semua :)

Sunday, March 13, 2011

Keris Antik : Debek, Sahabat Saya Tersenyum Puas

Beginilah Keris Debek yang saya dapatkan untuk sahabat atas keinginannya yang tak dapat ditahan-tahan. Debek Saras Tak Bertulang ni amatlah cantik bagi saya. Hulunya dari tanduk kerbau adalah yang asal dan begitu juga dengan sampirnya adalah yang asal. Apa yang menakjubkan saya adalah teknik sepuhan keris ini yang menghasilkan 3 ton warna pada bilahnya. Teknik ini masih menjadi rahsia tukang-tukang pandai saras dan masih tidak dapat ditiru sehingga sekarang kerana ianya rahsianya masih dipegang oleh keturunan Pandai Saras di Patani. Tersenyum puas sahabat saya dengan kehadiran keris debek ini kerana hanya segelintir sahaja collector-collector keris yang memiliki keris debek di dalam simpanan. Tahniah sahabat!

Thursday, March 10, 2011

Keris Antik Pandai Saras Tua For Sale RM1700 (SOLD)

Keris Antik Si Hitam Pandai Saras Tua sudah berada di dalam simpanan saya hampir 12 tahun. Saya ingin memaharkannya sebanyak RM1700. Berminat sila hubungi saya di 0162020428.




Wednesday, March 9, 2011

Keris Antik My Collection : Saras Antik Luk 5

Menurut cerita-cerita lisan, tukang-tukang pandai saras mula belajar menempa keris dengan menempa bilah-bilah berluk banyak, 13, 11, 9 dan 7. Apabila sudah senior dan mahir, mereka akan mula menempa bilah-bilah berluk 5 dan 3 dan diakhiri dengan bilah berluk 1 dan lurus.
Oleh kerana penghasilan luk 5 dan 3 adalah diperingkat peralihan kepada menjadi tukang ulung pandai saras, dikatakan luk 5 dan luk 3 tidak banyak dihasilkan dan untuk mendapatkannya pada masa sekarang juga agak sukar.
Koleksi saya Saras berluk 5 ini dihasilkan dengan luk tohor/cetek menjalar dan agak lurus dihujung bilah. Teknik sepuhan tukang pandai saras jelas kelihatan pada 2/3 bilah dengan perbezaan dua ton warna. Teknik sepuhan ini juga menjadi rahsia tukang-tukang pandai saras terdahulu. Bilahnya masih dalam keaadaan sempurna dan jelas kelihatan kesenian pada belalai gajahnya.
Keris yang dibawa masuk dari Patani ini semestinya akan menjadi salah satu koleksi kesayangan saya.
Bagi sahabat-sahabat yang berkeinginan untuk memiliki keris-keris Pandai Saras, boleh berhubung terus dengan saya. InsyaAllah, berpandukan kepada citarasa dan kemampuan sahabat-sahabat, sebilah Pandai Saras dari Patani boleh dimiliki sebagai koleksi. Dengan secara tidak langsung, kita dapat menyelamatkan warisan Patani dari hilang dan jatuh ke tangan orang lain.

Keris Antik Tajung Kenaung Anak Alang Daun Padi For Sale - SOLD

Keris Antik Hulu Tajung Kenaung
Bilah Anak Alang Daun Padi Antik (rare item)
Panjang Bilah 13.5 inci
Mahar complete RM4000
Mahar bilah dan sampir sahaja RM2500
Berminat sila SMS/Call 0162020428 atau email zulldg@yahoo.com









Monday, March 7, 2011

Tepak Sireh Pun Mistik? Paradigma Harus Diubah


Hari minggu yang lepas, selepas selesai membersihkan rumah dan halaman, ada tetamu yang datang sekeluarga untuk melihat-lihat kucing saya. Dengan penuh hormat, saya menjemput keluarga tersebut masuk ke rumah. Keris-keris saya yang kebiasaannya berada di dalam almari di ruang tamu, disimpan di bilik belakang ketika proses mengemas. Hanya tepak sireh yang berada di dalam almari lantas mata tetamu saya tertumpu kepada tepak sireh tersebut. Seakan penuh minat tapi penuh persoalan. Seperti yuang saya jangka, keluar soalan pertama dari beliau, 'ini barang lama ke?'. Soalan kedua, 'tak kena kacau ke?' dan soalan terakhir, 'kenapa suka simpan barang-barang macam ni?'.
Sebenarnya sudah agak penat bagi saya untuk menjawab persoalan sebegini. Lalu jawab saya... Saya tak pasti barang ini lama ke tak. Tapi pada rupanya, ianya lama lagipun tepak sireh ini adalah hadiah perkahwinan dari abang angkat saya 10 tahun yang lepas. 10 tahun tu pun kira lama la jugak. Jawab saya lagi... Kenapa tepak sireh ini nak kacau saya? Kalau ada makhluk lain yang diam di situ, biarkanlah. Makhluk-makhluk ghaib dari golongan jin itu ada di mana-mana malah dikatakan nisbahnya 1:9 atau 1:10 berbanding bangsa manusia. Kalau diizinkan Allah untuk dizahirkan golongan jin ini, nescaya kita tak boleh nak berjalan kerana sebenarnya kita sentiasa berjalan dicelah-celah golongan ini. Biarlah Jin dengan urusannya dan kita Manusia dengan urusan kita. Bagi saya, jika diambil contoh senjata disimpan untuk menjaga rumah, adakah ianya salah? Bagaimana kalau kita mengupah security guard untuk menjaga rumah ataupun memasang alarm? Aplikasinya tetap sama dan jika dengan izin Allah, rumah kita akan tetap dimasuki pencuri. Ini diibaratkan sebagai satu ikhtiar. Wallahualam.
Menjawab soalan terakhir, saya suka menyimpan tepak sireh, senjata-senjata lama adalah semata-mata kerana ianya adalah warisan bangsa. Kalau bangsa-bangsa asing pun, menghargai warisan bangsa kita, kenapa tidak anak bangsanya sendiri. Paradigma kita harus diubah. Kita leka dengan kisah-kisah tahyul tentang warisan kita, dibuai oleh kisah-kisah mistik dan juga dihidangkan dengan cerita-cerita seram di Astro. Sampai bila kita harus mengongkong minda kita. Adakah kita mahu anak-anak kita melupakan warisan bangsa, warisan yang pernah berjihad untuk agama dan bangsa. Mahukah kita anak-anak kita akan cabut lari bila terjumpa atau melihat keris, pedang, sundang dan sebagainya?
Ubahlah paradigma kamu wahai bangsaku. Bangsa kita jangan dibodohkan lagi. Semangat kegemilangan bangsa mengalir di dalam warisan kita. Ambillah semangat itu, kembalikan keagungannya sekali lagi.

Friday, March 4, 2011

Keris Antik : Keris Debek Permintaan Sahabat

Baru-baru seorang sahabat saya telah menyatakan hasrat untuk memiliki sebilah keris debek kerana dikatakan ianya sangat 'rare' dan tinggi nilainya. Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki sahabat saya itu, akhirnya dengan bantuan abang angkat saya, sebilah debek pandai saras telah didapatkan. Bukan main gembira sahabat saya :)

Debek Permintaan Sahabat

Debek Saya


Thursday, March 3, 2011

Keris Antik : Lembing Besar Antik For Sale (Rare Item) - SOLD

Lembing Antik Pasak Negeri (rare item)
Panjang Dari Mata ke Puting 24.7 inci
Lebar 2.4 inci
Berat 1.8 kilogram
Pamor Miang Perak
Mahar RM2500 negotiable
Berminat sila SMS/Call 0162020428 atau email zulldg@yahoo.com





Keris Antik : Sundang Antik For Sale - SOLD

Panjang Bilah 21 inci
Besi Miang Perak
Sarung Baru Bersalut Perak Ukir
Mahar Untuk Complete Set RM5000
Mahar Untuk Bilah dan Hulu RM3500
Berminat Sila Call/SMS 0162020428 atau email zulldg@yahoo.com





Tuesday, March 1, 2011

Keris Antik My Collection: Pandai Saras Lurus Antik

Keris Pandai Saras Lurus ini adalah koleksi terbaru saya yang baru dibawa dari Kelantan bersama-sama Keris Chenuk. Apa yang menariknya keris ini bagi saya adalah binaan kerawang dan belalai gajahnya yang masih sempurna walaupun usianya sudah tua. Percampuran besi hitam dan besi putih menghasilkan pamor yang mengindahkan lagi keris ini. Bangunannya juga masih agak sempurna walaupun ada sedikit kesan runtuh di sisi dan hujung matanya. Sampir dan hulunya adalah yang asal dari keris ini dan keadaanya masih amat elok cuma mungkin perlu dipolish untuk menyelahkannya lagi. Hulu pekaka telengnya, saya amat suka. Yang membuat saya benar-benar tertawan pada keris ini adalah besi hitam yang diselit pada ganjarnya yang agak jarang kedapatan pada bilah-bilah Pandai Saras.