Thursday, September 29, 2011

Collection : Sepokal Miang

Koleksi saya yang terbaru. Satu pembelian yang 'value for money'. Ketika mendapatnya, memang bilah ini hitam dipenuhi karat yang tebal tetapi tiada saya menyangka, sebegini cantik selepas dicuci. Sudah rezeki namanya :)






Tuesday, September 27, 2011

Sundang Antik Moro. Kepada Yang Berminat - SOLD

Sundang yang diambil terus dari Mindanao. Sundang-sundang asli antiknya, kebiasaan tidaklah berat seperti yang ramai orang sangkakan. Hulunya dari tanduk dan ditampalkan tulang.
Berminat sila SMS/Call 0162020428








Saras Antik Luk 3 - SOLD

Saras Antik Berluk 3 Tohor ini memang unik dan sangat cantik serat besinya. Secara peribadi, hanya beberapa sahaja sepertinya yang pernah saya lihat. Belalai gajahnya berbentuk kepala burung (helang) sangat menarik dan termasuk dalam kategori 'rare item'.Tapi sayang seribu kali sayang, kerawangnya sudah haus dimakan usia tapi manisnya tetap ada.








Thursday, September 22, 2011

Charita Antik Pattani Luk 3 - Kalau-Kalau Ada Yang Sudi - SOLD

Keris-keris berluk 3 dari warisan Pattani adalah agak sukarkan untuk didapatkan sama ada keris-keris charitta/melela mahupun pandai saras. Begitu juga halnya dengan keris berluk 5. Dikatakan di Pattani dahulu, hanya tukang-tukang tua yang sangat mahir sahaja akan menempa keris-keris tersebut.
Keris Charitta Pattani Luk 3 ini adalah keris yang di dalam koleksi saya yang saya ingin lepaskan jikalau ada yang ingin memilikinya. Keris yang bersepuh unik, disepuh dibeberapa bahagian bilah, menandakan ketinggian kebolehan tukang yang menempanya.
Panjang Bilah 15 inci
Antik Keseluruhan
Berminat sila call/sms 0162020428





Tuesday, September 20, 2011

Badik Luwu Antik Dimaharkan Offer RM649.00 - SOLD

Panjang mata bilah 11 inci
Hulu dan buntut sarung dari bahan tanduk
Batang serunai bersalut perak
Berminat sila call/sms 0162020428



Repost : Pedang/Pisau Tusuk Antik DiMaharkan Offer RM370

Repost selepas dibersihkan sepenuhnya semalam.
Di hujung mata terdapat besi selit dan pamor pada bilahnya juga menarik.
Panjang bilah 16.5 inci.
Berminat sila Call/SMS 0162020428








DiMaharkan Pandai Saras Tua Berpamor Offer RM1350

Panjang Bilah 15 inci
Hulu dan Sampir Baru
Pendokok Lama
Berminat Sila Call/SMS 0162020428