Tuesday, June 28, 2011

'Tertipu', Satu Pengalaman Yang Amat Berharga

Di dalam apa jua bidang, tidak dapat lari dari tipu muslihat dan juga hasad dengki. Di dalam dunia keris, penipuan boleh dianggap sebagai asam garam dan merupakan guru yang amat berharga. Terdapat ramai otai-otai keris yang berkata, tidak matang bermain keris kalau tidak pernah ditipu dan saya sudah melalui pengalaman itu beberapa kali tetapi yang sedihnya, orang yang kita sayang, orang yang kita sanjung, tetapi orang itulah yang banyak juga yang menipu kita. Kepercayaan kita dan kebaikan kita, telah diambil sebagai kesempatan. Biarkanlah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Tuhan Maha Adil..

Friday, June 24, 2011

Collection : Badik Bugis

Pisau Bugis Antik ini berukuran 11 inci panjang mata bilahnya.
Hulunya diperbuat dari tanduk.
Pamornya dikenali sebagai Tilam Upih ataupun Bugis memanggilnya Pamor Daun Padi.



Thursday, June 23, 2011

Lawi Ayam/Pisau Bugis Antik



Collection : Badik Lompobattang

Badik Lompobattang Bugis ini sepanjang 5 inci dan selebar 3 jari.
Kalau dari jenis badik atau pisau, saya sememangnya meminati kreasi-kreasi Bugis kerana ianya nampak sangat bersemangat :)

Tuesday, June 21, 2011

DiMaharkan Bugis Antik Luk 9 RM1549

Panjang Bilah +-15.5 Inci
Sampir/Hulu Tua
Kayu tak dapat dipastikan
Condition seadanya
Berminat Call/SMS 0162020428

Monday, June 20, 2011

Collection : Mata Lembing Ketandaan Anak Sungaui dan Cincang

Salah satu lembing dalam simpanan saya. Yang menariknya tentang lembing ini adalah ketandaan 'cincang' yang terdapat dari pangkal hingga ke hujung mata lembing ini. Ketandaan cincang ini sangat susah untuk di dapatkan samada pada keris antik ataupun lebing antik. Ketandaan ini mengikut orang-orang lama adalah untuk mengelakkan segala perbuatan jahat ataupun sihir. Ini disebabkan, semasa membuat ketandaan cincang ini, tukang besi akan memasukkan segala ilmu beliau ke dalam keris/lembing cincang. Lembing ini juga mempunyai ketandaan anak sungai dan juga berpamor miang perak menjadikannya 'rare collection' :)

Keris Sebagai Objek Budaya

Tidak dinafikan, keris bukan sahaja dikenali sebagai senjata tetapi falsafahnya menunjukkan etika budaya setempat. Di antara jenis-jenis keris dan kedaerahannya terdapat perbezaan yang nyata yang merujuk juga kepada perbezaan budaya serta ciri sesuatu bangsa dan daerah. Oleh yang demikian, kita dapat membezakan keris-keris buatan melayu semenanjung dan patani, buatan jawa dan juga keris buatan bugis. Sebagaimana lemah-lembutnya orang melayu, begitulah juga kerisnya, sebagaimana utuhnya orang jawa, begitulah juga keris dan sebagaimana kasarnya orang-orang bugis, begitulah juga kerisnya. Wallahualam.

Sunday, June 19, 2011

Berehat Sejenak : Anak Kucing

Ini gambar anak kucing yang terbaru. Baru seminggu umurnya. Anak kucing warna putih yang pertama dari bapanya Si Putih. Selain dari meminati keris dan senjata, saya juga gemar memelihara binatang. Termasuk yang ini, dah 13 ekor kucing2 saya :)

Tuesday, June 14, 2011

Collection : Charita Antik Luk 5

Keris ini adalah amat berharga bagi saya kerana agak susah untuk didapatkan.
Sampirnya dari kayu kemuning dan bersalaut perak lama.





Monday, June 13, 2011

Keris Chenuk Ganja Iras DiMaharkan RM2000

Keris antik ini adalah salah satu koleksi saya. Apa yang menarik minat saya ialah kerana ia dikatakan keris berasal dari chenuk dan ianya berganja iras. Bagi saya ciri-ciri tersebut menjadikan ianya 'rare item' dan elok dijadikan koleksi. Berluk 5, berpamor dan berpakaian Patani . Binaan bangunannya amat menyerupai keris-keris tangguh segaluh dari generasi keris terawal tanah seberang. Kesamaan identiti tersebut masih lagi menjadi bahan kajian saya dengan merujuk kepada otai-otai dunia perkerisan atau pun berkemungkinan juga, ianya memang berasal dari seberang dan dibawa ke Chenuk pada satu ketika dulu. Apa-apa pun, saya amat suka untuk menyimpan keris ini. Wallahualam :)




Keris Antik My Collection Alang For Sale RM2500

Keris Antik Alang Besi Kapit Siar Terbang di dalam koleksi saya ini ingin saya lepaskan. Alang ini berpamor miang perak dengan kepanjangan bilah 17.5 inci. Dibuat dengan cantuman besi kapit menggunakan kaedah yang dipanggil 'siar terbang' ianya kaedah yang jarang-jarang dibuat. Kapitan besinya jelas kelihatan di 1/3 bilah alang ini. Ianya dikategorikan sebagai rare item. Koleksi saya ini ingin saya maharkan bagi memenuhi hasrat saya untuk mengumpul keris-keris Pandai Saras. Maharnya adalah RM3000 negotiable. Sila berhubung dengan saya di 0162020428 sekiranya berminat.












Hulu Tajung Tatah Perak RM999

Tinggi Hulu 10cm
Panjang 15.5cm
Diameter Buah Pinang 3.5cm
Berminat Sila Call/SMS 0162020428





Wednesday, June 8, 2011

Keris Antik Bugis Patani Luk 9 For Sale Offer RM1800

Panjang bilah ini 33 cm. (length 33cm)
Pamor Ujung Gunung dan Wos Wutah (Beras Tumpah)
Luk 9 + luk rahsia yang dapat dilihat dari sisi bilah (rare item)
Sampir Kemuning
Batang Serunai Sena
Hulunya sudah retak di belakang dan ada sedikit keretakan pada sampir.
Berminat (interested) sila SMS/Call 0162020428 or email zulldg@yahoo.com